Wednesday, 31 January 2018

mentaliti !

Dulu, aku paling suka aku paling hormat pada perempuan yang bertudung labuh sebab apa sebab setiap kali tengok perempuan bertudung labuh mesti terdetik dalam hati 

                   "wahhh cantiknya dia, sopannya dia, bagusnya dia menutup aurat"

tapi tu dulu bukan sekarang dan tak tahula masa datang nanti macam mana tanggapan aku pada perempuan bertudung labuh, aku tak beranggapan semua perempuan bertudung labuh perangai dan sikap yang sama dengan manusia yang aku kenal. Ada je perempuan tudung labuh baik elok jaga batas tapi ada segelintir tudung labuh tapi buat mak***t ad tudung labuh tapi hisap rokok ad yang derhaka kepada ibu-bapa dan sebagainya.

ada juga segelintir manusia berjantina perempuan yang freehair tapi solat, ada golongan manusia minum arak tapi pergi masjid 



kesimpulannya jangan menilai seseorang itu berdasarkan rupa luaran...............................

#tak semua perempuan bertudung baik dan tak semua perempuan freehair jahat

Bawang atau spesis yang suka mengecam?

Mulut mak cik pak cik 🌰? Golongan jenis suka kecam? Benda tu dah biasa macam tradisi bagi tahun 2018, lagi terbiasa bila kau ceburi bidang sales dan bidang marketing... Sebab apa!?? Sebab kau akan jumpa jenis manusia komen “letak jela harga terus ini x, menyusahkan org nk pm2” “taknak letak harga takut kena saman lhdn la tu” 😂 mak cik pak cik adik kakak habang sekalian anda tahu tak jika di bahagian page produk yg buat marketing ada bahagian shop yang anda boleh click untuk tgk harga? Ini tak, belum baca ap belum tgk abis fuhhh berdesup masuk komen😂 komen apa?? komen jenis “itu ini itu ini pastu cakap ini la anak melayu meniaga taknak letak harga baik beli ng cina senang direct bagi harga” dah tu nak ke orang marketing cakap “baik jual ng cina lagi faham bahasa itu la melayu malas membaca” 😝 jika kita tak support orang melayu meniaga sape lagi nak support? 😌

@aienasyeira

Tuesday, 7 November 2017

7 November 2017

auchhhh! terharu bila dapat hadiah hari jadi walaupun dah tua hahahah tua ke? baru 21 tahun kot hahaha, hadiah tahun ni i dapat barang kemas lagi heee sapa tak suka kan! aset perempuan tu! huhhhh gitchew!

the first thing alhamdulillah and terima kasih dekat umi yang lahirkan and besarkan angah sampai sekarang :* alhamdulillah ya Allah! dan aL Fatihah buat arwah abah yang telah pergi menghadap illahi semasa angah umur 4 tahun.

celebrate birthday? hmmm tahun ni i celebrate dengan cara keluar pergi makan, first celebrate makan dengan family macam biasa restoran thai, yang kedua di texas chicken, yang ketiga di pizza hut and seterusnya taktahu lagi makan kat mana hahahahahhaha

hari jadi tahun ni hmmmmm i just nak buat and siapkan lesen kereta sebelum 2018 dan the next steps maybe braces or beli barang emas lagi atau kumpul aset like motor or kereta.... in shaa Allah


*semoga Aina Syahirah dipermudahkan segala urusan, murah rezeki dan panjang umur*

Monday, 6 November 2017

HAKAK Customer Service hahah :)

The journey selepas tamatnya zaman belajar Uitm, hahaha journey la sangat kan :p aku habis study bulan 4 2017, then menganggur la sekejab dalam one month like that haha, sepanjang tempoh menganggur tu macam2 kerja aku mintak! masa tu rasa macam susahnya cari kerja, ingkatkan habis belajar senang la tapi herghhhh!!!!! 

so selepas interview dan interview, aq pon dapatlah kerja sebagai admin a.k.a hakak customer service. ececcececeh! hhahahahah, kerja punya kerja tengok2 aku boleh bertahan sampai sekarang (6 november 2017) and esok is my birthday! yuhuuuu! hahaha, nak kata kerja senang? mana ada senang, takde kerja yang senang melainkan kau yg senangkan kerja kau okay my baby :* 

okay the true things is memula sebelum kerja aku nak g spa buat injection, drip whitening and all the things bout beauty and white tappi? selepas rasa susahnya kerja susahnya nak cuti susahnya nak balik kampung susahnya nak cari sales cari duit bagai, maka semua hajat tu dah pun terkubur hahaha and Now i nak buat lesen kereta hhahaha sedihkan umo 21 tapi takde lesen kereta? so! do i care hahaha

kerja? customer service? banyak jugakla experience aku dapat walaupun cita2 sebenar aku nak kerja di Hospital but?? mungkin takde rezeki lagi or rezeki datang lambat right, so i still kerja sini dan masih dgn impian i yg nak kerja hospital. 

mula2 kerja sini dalam 2 bulan macamtu i dapat offer letter DEGREE RECORD. wau! rasa macam heaven gila time tu aku dapat benda aku nak dan itu salah satunya cara aku kerja hospital but i rejected it! 

cause what? sebab aku tak ready nak masuk Uitm semula lepas banyak kenangan pahit manis kat situ bukan sebab apa kalau aku dapat Uitm lain aku pergi tapi ini aku still UITM SEGAMAT so aku macam hmmmmmmm bila ingat roomate, classmate, minah 3 orang dan suasana Uitm ahahahaha, rasa RINDU ada rasa GERAM ada rasa SAKIT HATI ada rasa macam BANYAK HIKMAH AND PENGAJARAN pon ada hahah 


the precious thing i boleh tamatkan Diploma dalam masa 2 tahun 6 bulan di UITM SEGAMAT dengan jayanya tanpa ada sebarang repeat paper! alhamdullillah :* syukur !

Wednesday, 4 May 2016

susahnya mencari duit

hahhaha, sekarang hakak dah dalam cuti semester 3, okay sekarang ni hakak nak bagitau uolls kat luar sana tu, kenapa hakak cakap susahnya mencari duit sebabnya bila kita takde pangkat takde duit takde orang nak pandang kita, korang nak ke setiap hari menangis makan hati bagai. kenapa akak cakp camtu sebab hakak tengah merasakannya sekarang ni akak duduk tempat foreigner and bila kita kerja jadi kuli semua orang pandang kita macam tak wujud walaupon kaum kita sendiri sesama melayu bila datang kedai untuk makan diaorang pon pandang kita ni nak taknak je tapi tak semua customer hakak macam tu.  paling hakak ingat setengah foreigner penah cakap kat hakak "PEREMPUAN MALAYSIA MANYAK CELAKA" KAU PIKIR HATI AKU MASA TU nak tahan maki orang, cacian orang bagai nak dengar orang mengutuk kaum hawa sendiri  uools pikir ye sehari gaji hakak rm40 if sebulan baru berapa, nak masok u lagi nanti, nak beli barang nak beli bagai2 tu mana la cukup dikk oiii. kalau ikotkan hakak paling taknak dah kerja cuti semester ni tapi hakak pikir nak beli laptop sebabnya laptop dengan notebook hakak ni tak habis2 problem. jujur hakak cakap susahnya cari duit, susahnya bila kita menjadi kuli sebab apa? sebab kau keje 15 jam sekalipon gaji kau tetap sama, sedangkan kau manusia bukannya robot takde hati nurani, tipu la if selama kerja ni hakak taknak ada masa untuk spent dengan femly, dgn org tersayang. sedangkan budak darjah 5 masa ni pon setiap hari berdating dekat sekolah text ws kol bagai inikan pulak hakak yang umur 20 tahun ni. senang cerita laa hakak nak ingatkan hadik2 atau sesapa pon tolonglah belajar betul-betul, jangan lemah semangat if boleh jangan tinggal solat bagi yg agama agama islam and ingat MALAYSIA tak boleh apa untuk hidup kita, tapi kita kena buat something untuk Malaysia. if uolls pikir gaji 1100 sebulan cukup untuk tampung kos sara hidup korang g keje minyak motor kete bagai go on tak payah belajar and abaikan cakap hakak ni.




                                   



Thursday, 19 March 2015

_Muhasabah Diri Aina Syeira_

Dugaan demi dugaan yang perlu aku tempuhi , hanya ALLAH yang tahu susah perit aku. Kawan? Kawan hanya muncul apabila aku berada dalam keadaan senang, susah untuk mendapatkan sahabat sejati dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Aku boleh dikatakan sudah lali dengan ragam manusia di dunia ini, macam2 jenis kawan aku penah dapat antaranya seorang kawan yang berubah hanya kerana mereka bertemu dengan kawan baru selain “kawan makan kawan’’. Hmmm, apa-apa jelah, kalau nak dilayankan ragam manusia sampai bila pon takkan pernah habis kan kan. Betul x? So, sekarang aku nak cerita tentang perkara yang pernah aku alami sampaikan kekadang orang cakap aku ni takde perasaan, sape takde perasaan weh? Cuma aku tak suka nak tunjukkan kat orang. Ok la, first aku kehilangan seorang hero iaitu ayah kandung aku masa aku berusia 4 tahun. Then, aku dijaga oleh pengasuhku seorang aunty india sebab umi aku kerja so umi tak nak tinggalkan aku sendirian kat rumah sebab takot kes orang minyak ke apa ke and start dari situlah aku dah pandai berdikari uruskan hidup aku sebab kekadang aku tak pergi pon rumah aunty masa umi pergi kerja. Masa aku berusia 13 tahun pulak tok chek aku iaitu moyang yang aku selalu kacau dan bawak bergurau telah kembali ke rahmatullah, tak la,a lepastu masa aku 15 tahun pulak dugaan paling lemah yang aku kena hadapi ialah aku kehilangan seorang atok kandung yang dipanggil “ayah” kerana kanser peparu. Ayah seorang lelaki yang aku kasihi sebab arwah ayah banyak menyedarkan aku tentang pelajaran semua tu bila aku malas. In that time also, aku adalah budak asrama start form 1 kalau pasal sekolah pula aku da jumpa banyak perangai kawan yang buatkan aku lebih sedar apa erti kawan dan sahabat terutama pabila nak cari kawan dekat universiti ni. Contohnya, manusia tak pernah lari dari sifat dengki macamtu la aku didengki oleh seorang roommate aku sebab aku rapat dengan semua orang dan juga cikgu. Arghhh! Itu pon nak berdengki, pelik2 laaa. Masa aku umur 18 tahun pulak masa tahun lepas aku diberi dugaan yang paling tak pernah aku sangka, iaitu jaga nenek kandungku yang dipanggil ‘mar’. Mar seorang pesakit diabetes yang kena dipotong kakinya, start tu aku lah yang menjaga mar, tukar pampers, mandikan, suapkan makanan, cuci luka tengok tulang daging yang terbuka serta jaga sepenuh  jam 24 jam tengok tokmar menangis lenguh semua. Kalau aku ni takde perasaan aku tak jaga nenek aku yang sakit terlantar kat rumah. Sebab apa? Sebab seteruk-teruk aku, aku still sayang and fikir pasal keluarga aku. Now, dugaan aku sekelip mata je assignment aku buat minggu ni semua hilang, rasa nak quit belajar je, hmmmmm.





Kisah Aina Syeira "hidupku, gayaku''

 Aina syeira? Yaa, itu nama panggilan aku. Nama sebenarku ialah Aina Syahirah binti Nor Shuhata, aku isi nama blog ni aina syeira sebab aku gabungkan nama yang sering dipanggil oleh kawanku ialah “aina” selain mereka memanggilku dengan panggilan deqna dan yang lelain, yang “syeira” tu pula nama panggilanku dirumah selain dipanggil dengan nama sera, kak ngah, adik dan juga attik. Hmmmm, minggu ni aku nak cerita pasal nama dan diriku, waw! Tetibe je kan, hahaha. Nama adik-beradikku didepannya ialah Aina, hal ini disebabkan oleh arwah abah nak puteri-puterinya ini berada di hadapan kerana huruf A adalah huruf pertama daripada 26 huruf iaitu dari A-Z. Tapi memang betol pon sebab kedudukan aku daripada UPSR, PMR dan juga SPM adalah berada di barisan hadapan sekali. Sampaikan aku dah boleh agak kedudukan aku kat mana, haha. Namaku ialah Aina Syahirah yang mebawa maksud AINA=MEMPUNYAI MATA YANG CANTIK manakala SYAHIRAH=TERKENAL, TERNAMA.
Now, tentang aku? Aku adalah seorang yang simple berbanding ahli keluargaku, hal ini disebabkan oleh aku suka membawa perwatakan yang sempoi dan ala kadar janji kemas, smart dan jaga aurat. Tentang sikap pula, aku seorang yang open-minded dan ok la kalau nak share cerita kea apa dengan aku kan. Lepastu, aku ni seorang yang brutal sebenarnya bila kat rumah sebab kalau aku menangis umi akan cakap ‘’ada jugak taman dalam hati budak butal ni’’ haha. Adik aku yang nana pula paling takot dengan aku sebab aku seorang yang kuat membebel dan sangat2 tegas bila dengan adik dan juga sepupu-sepupuku, kalau pasal membebel? Hah! Kalau aku dah start membebel jangan tanya kenapa, haha, tapi aku takkan membebel tanpa sebarang sebab munasabah. Nana paling takot dengan aku sebab dia cakap aku suka bising and muka aku garang bila dengan dia, heee, garang ke? Aku rasa muka aku ni punyalah friendly, bhahahhahaaa. Cerita tentang lain pula, aku ni jenis ok dengan semua orang tapi kalau orang tu dah buat something yang aku tak suka, haaa! Kirim salam lah bro, kawan tak kawan, kalau aku tak suka memang aku tak suka and aku ingat sampai mati, pernah sampai sekali tu ustaz sekolah aku cakap aku ni kepala besi sebab ikutkan sangat kata hati and jujurlah dulu aku seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang terok sesangat sebab sekali kawan aku buat kat aku, aku akan pastikan dia kena lebih terok dari aku and aku akan ingat nama dia selagi aku tak balas perbuatan dia. Alhamdulillah, sekarang aku dah ok and dah tak teruk macam dulu. Bak kata persis mutiara “setiap orang boleh berubah” and “jangan menilai seseorang dari rupanya”.