Dugaan
demi dugaan yang perlu aku tempuhi , hanya ALLAH yang tahu susah perit aku.
Kawan? Kawan hanya muncul apabila aku berada dalam keadaan senang, susah untuk
mendapatkan sahabat sejati dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Aku boleh
dikatakan sudah lali dengan ragam manusia di dunia ini, macam2 jenis kawan aku
penah dapat antaranya seorang kawan yang berubah hanya kerana mereka bertemu
dengan kawan baru selain “kawan makan kawan’’. Hmmm, apa-apa jelah, kalau nak
dilayankan ragam manusia sampai bila pon takkan pernah habis kan kan. Betul x?
So, sekarang aku nak cerita tentang perkara yang pernah aku alami sampaikan
kekadang orang cakap aku ni takde perasaan, sape takde perasaan weh? Cuma aku
tak suka nak tunjukkan kat orang. Ok la, first aku kehilangan seorang hero
iaitu ayah kandung aku masa aku berusia 4 tahun. Then, aku dijaga oleh
pengasuhku seorang aunty india sebab umi aku kerja so umi tak nak tinggalkan
aku sendirian kat rumah sebab takot kes orang minyak ke apa ke and start dari
situlah aku dah pandai berdikari uruskan hidup aku sebab kekadang aku tak pergi
pon rumah aunty masa umi pergi kerja. Masa aku berusia 13 tahun pulak tok chek
aku iaitu moyang yang aku selalu kacau dan bawak bergurau telah kembali ke
rahmatullah, tak la,a lepastu masa aku 15 tahun pulak dugaan paling lemah yang
aku kena hadapi ialah aku kehilangan seorang atok kandung yang dipanggil “ayah”
kerana kanser peparu. Ayah seorang lelaki yang aku kasihi sebab arwah ayah
banyak menyedarkan aku tentang pelajaran semua tu bila aku malas. In that time
also, aku adalah budak asrama start form 1 kalau pasal sekolah pula aku da
jumpa banyak perangai kawan yang buatkan aku lebih sedar apa erti kawan dan
sahabat terutama pabila nak cari kawan dekat universiti ni. Contohnya, manusia
tak pernah lari dari sifat dengki macamtu la aku didengki oleh seorang roommate
aku sebab aku rapat dengan semua orang dan juga cikgu. Arghhh! Itu pon nak
berdengki, pelik2 laaa. Masa aku umur 18 tahun pulak masa tahun lepas aku
diberi dugaan yang paling tak pernah aku sangka, iaitu jaga nenek kandungku
yang dipanggil ‘mar’. Mar seorang pesakit diabetes yang kena dipotong kakinya,
start tu aku lah yang menjaga mar, tukar pampers, mandikan, suapkan makanan,
cuci luka tengok tulang daging yang terbuka serta jaga sepenuh jam 24 jam tengok tokmar menangis lenguh
semua. Kalau aku ni takde perasaan aku tak jaga nenek aku yang sakit terlantar
kat rumah. Sebab apa? Sebab seteruk-teruk aku, aku still sayang and fikir pasal
keluarga aku. Now, dugaan aku sekelip mata je assignment aku buat minggu ni
semua hilang, rasa nak quit belajar je, hmmmmm.
No comments:
Post a Comment