Tik,
tok, tik, tok tepatlah jam 12.01 pagi menandakan masuknya bulan 3 bulan yang ku
nanti pada setiap tahun. Tarikh 1 haribulan 3 menandakan hari kelahiran arwah
abahku yang telah pergi menghadap illahi buat selama-lamanya. Al-fatihah dan
linangan air mata yang menjadi peneman hidupku dan akakku pada setiap malam.
Masok tahun ni dah 15 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga. hmmm,
apa-apa pon yang pergi tetap pergi, yng hidup mesti diteruskan. am i right?
keesokan harinya ialah hari ulang tahun kelahiran 32 tahun bagi ayah baruku
yang dipanggil dengan gelaran "papa", itu membawa makna ayah baruku
sudah tua umurnya akibat ditelan zaman. Bulan ni juga ialah bulan yang penuh
dengan tarikh kelahiran ahli keluargaku, contohnya seperti hari kelahiran pakcikku,
adik sepupu dan pok de. Selang beberapa belas hari selepas itu ialah hari
kelahiran kak longku iaitu 14 haribulan 3, hari yang amat berharga bagiku
kerana first time aku wish selama ni, hahahhaa. Masa tu jugak, aku adalah orang
pertama yang wish birthday kak long pada tahun ni J bulan 3 ni jugak aku balik ke kampong
halamanku di Kuala Lipis dengan niat ingin meraikannya. Orang pertama yang
paling excited adalah adik aku yang dipanggil dengan gelaran “deq nana”. Hmmm,
bukan sebab apa pon sebab dia nak tengok kek frozen je, haha. Well maklumlah
adik aku ni seorang yang obsess dengan semua benda yang berkaitan frozen,
sampaikan tikar dalam bilik, tuala, rak, beg semuanya lah adalah frozen. Pernah
sampai sekali tu dia nak beli semua baju tidur frozen yang online dalam henset
umi, padahal umi suruh pilih 1 je, arghhhh! Pening kepala umi dibuatnya.
No comments:
Post a Comment