Thursday, 19 March 2015

KENANGANKU . . .

Haisssh, kenapa dengan aku ni! Asyik teringatkan zaman persekolahan je, hmmmm betollah cakap cikgu “cara pembelajaran di university tidak sama dengan zaman persekolahan, begitu juga dengan persahabatan yang terjalin”. Arghhhhh! Rindu nak kembali ke zaman persekolahan, haishhh sabar jelah. Minggu ni minggu paling banyak menguji kesabaran, keimanan dan kekuatan aku dalam menyiapkan assignment. Hummm, buktinya berapa malam aku berjaga kot, herghhhh! Nak muntah, pengsan semua ada sebab selalu tidor pukul 7  pagi, tetibe pulak aku  terengat pesan cikguku juga yang pernah berpesan yang siapkan mental dan fizikal dari awal sebelum menyambung pelajaran ke mahligai gading yang perlu menempuhi pelbagai rintangan untuk aku menggapai dan memperoleh kejayaan yang aku impikan. Bak kata peribahasa “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Wahhhhh! Dah macam karangan masa tingkatan 5 pulak dah. Hah! Dah alang-alang berceritakan tentang zaman persekolahan ni kan, benda utama yang aku paling ingat ialah nama gelaran, hahaa, aku dikenali sebagai “sotong” kerana perangaiku yang agak lembut dan tidak reti memarahi orang, aku juga dipanggil dengan nama “katik” kerana aku merupakan seorang yang rendah berbanding pelajar lain. Aku juga amat merindui aktiviti petangku iaitu latihan “softball”. Haa! Jangan memain tau, selembut-lembut and sekecik aku ni main permainan yang ganas tau, aku juga merupakan seorang pelajar ahli taekwando dari usiaku 5 tahun lagi. Hummm, apa lagi eah? Haa, yang aku paling ingat adalah malam dinner kos elektrik elektronik yang dilakukan dalam bengkel elektrik dengan harapan agar kami ingati kenangan itu sampai tua. Kenapa bengkel elektrik? Sebabnya aku seorang pelajar jurusan elektrik elektronik di Sekolah Kulster Kecermelangan Menengah Vokasional SHAS, Kuala Lipis, Pahang. Lagi ? aku rindu apa  eah? Haa, aku rindukan zaman aku pertama kali membuat pendawaian elektrik lampu pendafluor dan memasang litar elektronik yang pernah terkeluar api dan juga meletop. Haa! Ambik kau semua orang menjerit sebab terkejot, hahahhahaha.





No comments:

Post a Comment