30.11.2014 tarikh aku digelarkan sebagai seorang mahasiswi di uitm segamat, johor. Hari itu juga, aku dihantar oleh papa, umi dan deqnana dengan harapan aku mengikut jejak langkah kakakku untuk menjadi seorang yang berjaya. Pada hari tu jugak, aku berjumpa dengan huda di dewan seri temenggung dengan membawa seribu harapan untuk menetap di sebuah bilik yang sama kerana kami mendapat kos diploma yang sama iaitu pengurusan maklumat im110 tapi sayangnya harapan kami musnah apabila si huda mendapat bilik terlebih dahulu kerana pendaftarannya yang awal. first time, aku melangkahkan kaki kanan aku masok ke bilik benda aku buat adalah cop katil bawah dan almari yang paling elok. kenapa? sebab aku tak nak and tak suka katil atas sebab aku selalu teringat cerita budak asrama putus kepala akibat kena kipas ketika bangun dari tidur. arghhh! seram aku dibuatnya. Masa tu jugak aku dapat tahu yang budak bilik aku kesemuanya orang johor yang bernama dila, ika, and lini. itu membawa makna aku seorang jelah anak perantau negeri pahang di bilikku, hummmmmm rasa gerun, cuak, seram semua ada sebab apa? sebab tahun 2014 jugak adanya perlawanan bola jdt dan pahang and benda paling aku takot kalau budak bilik aku yang 3 orang ni peminat fanatik bola jdt and tak sudi nak berkenalan dengan aku yang kecik ni. haha. kecik ke? (persoalan). hummmm, then, mulalah hariku untuk pergi ke kelas seperti pelajar lain. Hari pertama kelas da cancel. jyeahhhh! itu yang sering dinantikan oleh seglintir pelajar. am i right? haha. tapi umi selalu pesan jangan suka bila kelas cancel kerana "satu kelas tu mempunyai pelbagai ilmu bermanfaat seperti kawan yang cerdik lagi bijaksana, tapi kita tidak nampak akan adanya" kemudian, genaplah sebulan aku kat uitm segamat selepas adanya cuti banjir selama 3minggu. macam-macam aku rasa selama sebulan kat sini terutamanya hari rabu sebab adanya hari kokurikulum iaitu hari untuk berlari, ditengking dan berkawad. arghhh! boleh stress hidup jadinya klau setiap hari-hari rabu! nasib baiklah ALLAH menjadikan dalam seminggu ada 7 hari yang berlainan seperti jumaat, sabtu, ahad. Seperti surah al-imran ayat 54 iaitu "ALLAH sebaik-baik perancang". masa kat sini jugak aku selalu teringat kata pepatah ni "sebaik-baik teman adalah buku" dengan "tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad" in shaa Allah aku akan ingat kata pepatah ni sampai aku berjaya menamatkan pengajianku dengan niatku untuk mendapat anugerah naib caunselor. wahhhh! angan-angan aku tingginyeee tapi nak anugerah tu bukan pakai angan-angan yea cik aina, nak anugerah tu kena belajar bukan main handpone jek! haaa! ingat tuh! kalau tak jadi angan-angan mat jeninglah jawabnye nanti, hahahaha.
No comments:
Post a Comment