Thursday, 19 March 2015

_Muhasabah Diri Aina Syeira_

Dugaan demi dugaan yang perlu aku tempuhi , hanya ALLAH yang tahu susah perit aku. Kawan? Kawan hanya muncul apabila aku berada dalam keadaan senang, susah untuk mendapatkan sahabat sejati dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Aku boleh dikatakan sudah lali dengan ragam manusia di dunia ini, macam2 jenis kawan aku penah dapat antaranya seorang kawan yang berubah hanya kerana mereka bertemu dengan kawan baru selain “kawan makan kawan’’. Hmmm, apa-apa jelah, kalau nak dilayankan ragam manusia sampai bila pon takkan pernah habis kan kan. Betul x? So, sekarang aku nak cerita tentang perkara yang pernah aku alami sampaikan kekadang orang cakap aku ni takde perasaan, sape takde perasaan weh? Cuma aku tak suka nak tunjukkan kat orang. Ok la, first aku kehilangan seorang hero iaitu ayah kandung aku masa aku berusia 4 tahun. Then, aku dijaga oleh pengasuhku seorang aunty india sebab umi aku kerja so umi tak nak tinggalkan aku sendirian kat rumah sebab takot kes orang minyak ke apa ke and start dari situlah aku dah pandai berdikari uruskan hidup aku sebab kekadang aku tak pergi pon rumah aunty masa umi pergi kerja. Masa aku berusia 13 tahun pulak tok chek aku iaitu moyang yang aku selalu kacau dan bawak bergurau telah kembali ke rahmatullah, tak la,a lepastu masa aku 15 tahun pulak dugaan paling lemah yang aku kena hadapi ialah aku kehilangan seorang atok kandung yang dipanggil “ayah” kerana kanser peparu. Ayah seorang lelaki yang aku kasihi sebab arwah ayah banyak menyedarkan aku tentang pelajaran semua tu bila aku malas. In that time also, aku adalah budak asrama start form 1 kalau pasal sekolah pula aku da jumpa banyak perangai kawan yang buatkan aku lebih sedar apa erti kawan dan sahabat terutama pabila nak cari kawan dekat universiti ni. Contohnya, manusia tak pernah lari dari sifat dengki macamtu la aku didengki oleh seorang roommate aku sebab aku rapat dengan semua orang dan juga cikgu. Arghhh! Itu pon nak berdengki, pelik2 laaa. Masa aku umur 18 tahun pulak masa tahun lepas aku diberi dugaan yang paling tak pernah aku sangka, iaitu jaga nenek kandungku yang dipanggil ‘mar’. Mar seorang pesakit diabetes yang kena dipotong kakinya, start tu aku lah yang menjaga mar, tukar pampers, mandikan, suapkan makanan, cuci luka tengok tulang daging yang terbuka serta jaga sepenuh  jam 24 jam tengok tokmar menangis lenguh semua. Kalau aku ni takde perasaan aku tak jaga nenek aku yang sakit terlantar kat rumah. Sebab apa? Sebab seteruk-teruk aku, aku still sayang and fikir pasal keluarga aku. Now, dugaan aku sekelip mata je assignment aku buat minggu ni semua hilang, rasa nak quit belajar je, hmmmmm.





Kisah Aina Syeira "hidupku, gayaku''

 Aina syeira? Yaa, itu nama panggilan aku. Nama sebenarku ialah Aina Syahirah binti Nor Shuhata, aku isi nama blog ni aina syeira sebab aku gabungkan nama yang sering dipanggil oleh kawanku ialah “aina” selain mereka memanggilku dengan panggilan deqna dan yang lelain, yang “syeira” tu pula nama panggilanku dirumah selain dipanggil dengan nama sera, kak ngah, adik dan juga attik. Hmmmm, minggu ni aku nak cerita pasal nama dan diriku, waw! Tetibe je kan, hahaha. Nama adik-beradikku didepannya ialah Aina, hal ini disebabkan oleh arwah abah nak puteri-puterinya ini berada di hadapan kerana huruf A adalah huruf pertama daripada 26 huruf iaitu dari A-Z. Tapi memang betol pon sebab kedudukan aku daripada UPSR, PMR dan juga SPM adalah berada di barisan hadapan sekali. Sampaikan aku dah boleh agak kedudukan aku kat mana, haha. Namaku ialah Aina Syahirah yang mebawa maksud AINA=MEMPUNYAI MATA YANG CANTIK manakala SYAHIRAH=TERKENAL, TERNAMA.
Now, tentang aku? Aku adalah seorang yang simple berbanding ahli keluargaku, hal ini disebabkan oleh aku suka membawa perwatakan yang sempoi dan ala kadar janji kemas, smart dan jaga aurat. Tentang sikap pula, aku seorang yang open-minded dan ok la kalau nak share cerita kea apa dengan aku kan. Lepastu, aku ni seorang yang brutal sebenarnya bila kat rumah sebab kalau aku menangis umi akan cakap ‘’ada jugak taman dalam hati budak butal ni’’ haha. Adik aku yang nana pula paling takot dengan aku sebab aku seorang yang kuat membebel dan sangat2 tegas bila dengan adik dan juga sepupu-sepupuku, kalau pasal membebel? Hah! Kalau aku dah start membebel jangan tanya kenapa, haha, tapi aku takkan membebel tanpa sebarang sebab munasabah. Nana paling takot dengan aku sebab dia cakap aku suka bising and muka aku garang bila dengan dia, heee, garang ke? Aku rasa muka aku ni punyalah friendly, bhahahhahaaa. Cerita tentang lain pula, aku ni jenis ok dengan semua orang tapi kalau orang tu dah buat something yang aku tak suka, haaa! Kirim salam lah bro, kawan tak kawan, kalau aku tak suka memang aku tak suka and aku ingat sampai mati, pernah sampai sekali tu ustaz sekolah aku cakap aku ni kepala besi sebab ikutkan sangat kata hati and jujurlah dulu aku seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang terok sesangat sebab sekali kawan aku buat kat aku, aku akan pastikan dia kena lebih terok dari aku and aku akan ingat nama dia selagi aku tak balas perbuatan dia. Alhamdulillah, sekarang aku dah ok and dah tak teruk macam dulu. Bak kata persis mutiara “setiap orang boleh berubah” and “jangan menilai seseorang dari rupanya”. 




KENANGANKU . . .

Haisssh, kenapa dengan aku ni! Asyik teringatkan zaman persekolahan je, hmmmm betollah cakap cikgu “cara pembelajaran di university tidak sama dengan zaman persekolahan, begitu juga dengan persahabatan yang terjalin”. Arghhhhh! Rindu nak kembali ke zaman persekolahan, haishhh sabar jelah. Minggu ni minggu paling banyak menguji kesabaran, keimanan dan kekuatan aku dalam menyiapkan assignment. Hummm, buktinya berapa malam aku berjaga kot, herghhhh! Nak muntah, pengsan semua ada sebab selalu tidor pukul 7  pagi, tetibe pulak aku  terengat pesan cikguku juga yang pernah berpesan yang siapkan mental dan fizikal dari awal sebelum menyambung pelajaran ke mahligai gading yang perlu menempuhi pelbagai rintangan untuk aku menggapai dan memperoleh kejayaan yang aku impikan. Bak kata peribahasa “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Wahhhhh! Dah macam karangan masa tingkatan 5 pulak dah. Hah! Dah alang-alang berceritakan tentang zaman persekolahan ni kan, benda utama yang aku paling ingat ialah nama gelaran, hahaa, aku dikenali sebagai “sotong” kerana perangaiku yang agak lembut dan tidak reti memarahi orang, aku juga dipanggil dengan nama “katik” kerana aku merupakan seorang yang rendah berbanding pelajar lain. Aku juga amat merindui aktiviti petangku iaitu latihan “softball”. Haa! Jangan memain tau, selembut-lembut and sekecik aku ni main permainan yang ganas tau, aku juga merupakan seorang pelajar ahli taekwando dari usiaku 5 tahun lagi. Hummm, apa lagi eah? Haa, yang aku paling ingat adalah malam dinner kos elektrik elektronik yang dilakukan dalam bengkel elektrik dengan harapan agar kami ingati kenangan itu sampai tua. Kenapa bengkel elektrik? Sebabnya aku seorang pelajar jurusan elektrik elektronik di Sekolah Kulster Kecermelangan Menengah Vokasional SHAS, Kuala Lipis, Pahang. Lagi ? aku rindu apa  eah? Haa, aku rindukan zaman aku pertama kali membuat pendawaian elektrik lampu pendafluor dan memasang litar elektronik yang pernah terkeluar api dan juga meletop. Haa! Ambik kau semua orang menjerit sebab terkejot, hahahhahaha.





TARIKH YANG KU NANTI

Tik, tok, tik, tok tepatlah jam 12.01 pagi menandakan masuknya bulan 3 bulan yang ku nanti pada setiap tahun. Tarikh 1 haribulan 3 menandakan hari kelahiran arwah abahku yang telah pergi menghadap illahi buat selama-lamanya. Al-fatihah dan linangan air mata yang menjadi peneman hidupku dan akakku pada setiap malam. Masok tahun ni dah 15 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga. hmmm, apa-apa pon yang pergi tetap pergi, yng hidup mesti diteruskan. am i right? keesokan harinya ialah hari ulang tahun kelahiran 32 tahun bagi ayah baruku yang dipanggil dengan gelaran "papa", itu membawa makna ayah baruku sudah tua umurnya akibat ditelan zaman. Bulan ni juga ialah bulan yang penuh dengan tarikh kelahiran ahli keluargaku, contohnya seperti hari kelahiran pakcikku, adik sepupu dan pok de. Selang beberapa belas hari selepas itu ialah hari kelahiran kak longku iaitu 14 haribulan 3, hari yang amat berharga bagiku kerana first time aku wish selama ni, hahahhaa. Masa tu jugak, aku adalah orang pertama yang wish birthday kak long pada tahun ni J  bulan 3 ni jugak aku balik ke kampong halamanku di Kuala Lipis dengan niat ingin meraikannya. Orang pertama yang paling excited adalah adik aku yang dipanggil dengan gelaran “deq nana”. Hmmm, bukan sebab apa pon sebab dia nak tengok kek frozen je, haha. Well maklumlah adik aku ni seorang yang obsess dengan semua benda yang berkaitan frozen, sampaikan tikar dalam bilik, tuala, rak, beg semuanya lah adalah frozen. Pernah sampai sekali tu dia nak beli semua baju tidur frozen yang online dalam henset umi, padahal umi suruh pilih 1 je, arghhhh! Pening kepala umi dibuatnya.




Monday, 16 March 2015

D I A ?

hujung minggu yang menggembirakan dengan penuh adegan lawak+kelakar+lucu, hahahahaa. cerita ni pasal kakak aku yang baru dapat lesen kereta dengan penuh harapan aku balik ke rumah pada hujung minggu tu nak ajak kak long pergi jejalan bandar sambil aku nak beli memori henset serta keluar dengan sahabat serta si dia, sape dia tu eak? haha, dia mewakili seseorang. adakah dia seorang sahabat,kekasih,keluarga atau musuh? haa, tapi bukan musuh ok, aku takdop musuh lagi neyy, hoo kang doh kuo bahasa ganu, hehe. haaa, jom skip pasal si dia, hhahahahaaha. masa nak keluar bandar benda tak boleh aku lupa sampai sekarang kak long aku rupanya tak reti bawak kereta atas jalan raya , haaa! masa tu memasing pakat mencuak, umi pulak setiap setengah jam akan kol kami untuk tanya dekat mana and ok x kak long bawak kereta, heee, masa tu yang jadi cikgu sudah semestinya aku dengan sahabatku (suziliana), hahaha, macam tak percaya kami pulak yang bagi arahan suruh kak long bagi signal semua tu dah la atas jalanraya kalau jalan kampung takpe gak, huhu. Alhamdulillah takde jadi apa2 kat kami :) , masa part paling tak boleh bla ada hilux hon belakang kereta kami dan kak long sampai hilang arah dan kami memberi arahan agar dia masuk parking di sebuah rumah bersebelahan jalanraya.




No Caption . . .

Now, aku nak story pasal bulan febuary, arghhhhhh! tak cukup masa bulan ni terkejar sana sini dengan assignment, test, dinner, kokurikulum and macam2 la. haishhh! kena buat jadual waktu la macam ni nampaknya, ahahahahaa, macam zaman kanak-kanak pulak rasa kena uruskan diri pakai jadual study bagai . hai la badan nasib kau la bulan ni, sabar jelah ok. haa! nak story sikit pasal dinner ni kelas aku kelas jim1101D membuat lakonan pada malam itu, haaa, jangan memain tau! hehe. hari tu hari dinner fakulti kami mengadakan tema "BACK TO SCHOOL''. hummm hari yang menyeronokkan , best and funny. minggu depan tu pulak kami ad pogram pemantapan ilmu akademik part 1 fakulti information management. hari tu pulak, hari yang menyayat hati sebabnya banyak menyentuh pasal diri, keluarga dan ibu bapa. Masa tu jugak, aku menangis kerana terengatkan arwah abah dan tok ayah, al fatihah disedekahkan kepada arwah semoga ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman, amin ya robb al alamin. Next, 26 haribulan 2 aku ada test MGT162, itu adalah hari paling mencuakkan sebab aku memang cepat cuak bila ada kaitan ngan test sebab aku takot tak dapat gembirakan family aku degan resut yang cemerlang. arghhhh! seram nihhh! tapi nak tak nak kena la cover kan, tak kan nak tunjuk kat orang? alaaaaa, malu laa, haha, gediksnyee, hahahhahaha.hmmm bulan ni jugak aku ad LIRA test, puas nak dengar audio yang banyak menguji keimanan untuk tidor sebabnya audio tu mendayu sangat lepastu slow walaupun dah buat volume sampai 10, hahaha , nampak kat situ sebenarnya kena ada banyak keimanan dan kekuatan dalam belajar ni. Masa bulan 2 ni, setiap pagi aku kol umi sebab nak mintak restu g kelas sekali test semua, yelahh, selalunya aku telefon umi time malam je itu pun 2 hari sekali, cuma whatsapp je hari-hari, well, maklumlah kekadang nak kol time g kelas tak sempat asyik nak rushing ajaa, huhu.




ToM & JerRy

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, aku mengenal erti makna "persahabatan itu kadang-kadang ibarat tom and jerry. mereka mengenali satu sama lain, menyakiti satu sama lain, tapi mereka tidak bisa hidup tanpa satu sama lain" begitulah kisah yang terjadi antara aku, mira , huda and syuhada dalam minggu keberapa disini. Hal ini tercetus akibat perselisihan fahaman antara kami bereempat  dalam menyiapkan tugasan assignment. hmmmmm! sangat memeningkan kepala dan aku tidak suka apabila dibelenggu masalah kerana aku akan menjadi seorang yang stress serta tidak akan melayan orang lain pada masa itu. aku tahu mereka tidak berani menegurku ketika aku berada di dalam keadaan seperti stress akibat sesuatu, tetapi aku amat bersyukur kepada illahi kerana apa pon yang kami lalui selama ini, kami tidak pernah terputus hubungan persahabatan yang dijalankan semenjak kami mula melangkah ke dalam UITM Segamat dengan membawa 1001 harapan untuk berjya pada masa hadapan. in shaa ALLAH, harapan itu akan kami bereempat kecapi satu hari nanti. Antara kami bereempat aku tidak akan menyimpan sesuatu perasaan yang aku tidak puas hati malah aku akan mencari pelbagai cara sekalipun untuk aku mengatakan perkara jujur kepada mereka kerana aku tak nak persahabatan yang kami jalinkan ini penuh dengan penipuan dan cakap belakang. Biarlah antara kami hatinya sakit atau terasa dengan kejujuran daripada kami bergaduh kerana adanya penipuan. Di sini, aku juga ingin menyatakan bahawa aku sudah menganggap mrereka bertiga (huda, syuhada, miera)seperti saudaraku, rakanku serta adik-beradikku.




jyeahhhh! kami budak andase induksi jpam! yuhuu!!!!

hari induksi? arghhhh! hari yang memenatkan tapi paling mencipta banyak pengalaman dalam minggu bulan febuari ini, haaaa! nak tahu kenapa? sebabnya kami combine dengan budak part 2 jpam atau dikenali dengan nama badan beruniform jabatan pertahanan awam Malaysia. semua sekali perempuan masa hari induksi tu kecuali komander lelaki sorang, yuhuuuu! haha heppy sakan pulak aku ni (syok sendiri) hahaahaaha sebabnya kami tak payah nak cove
r perangai apa. haa! hari induksi ni aku dapat kawan baru sebabnya dalam group aku semua budak part 2 aku sorang je budak part 1, hehe, syok wuuu! dilayan persis seperti seorang adik padahal umur sebaya jek, hahaha. harini jugak muka aku dan groupku dikenakan pelbagai denda kerana tak berjaya menjawab soalan explorace yang ditujukan pada kami. Antara denda yang dikenakan ialah kena conteng dengan marker, jalan itik, minum air nescafe yang pekat lagi pahit dengan berkongsi secara berkumpulan, serta dicop tepung air pada seluar kami. hahahaa , tapi alhamdulillah group aku dapat nombor 3 dalam pertandingan explorace ni,:) . harini jugak aku belajar mengenai cara membuat CPR ke atas mangsa seperti 1 kitaran ada 2 kali nafas serta 150 tekanan di atas dada. wahhh! macam jururawat pulak dah, hehe. haaa! harini jugak group aku diberi nama "aaron kangkung" wahhhhh! alaaaaa2 gorgeous gituh, haha. hummmm, apa lagi eahhhh? ouh lupa harini hari pertama aku tak sekumpulan dengan huda and syuhada kalau tak mesti kami bertiga je pergi kemana-mana kadang2 ada mira kekadang takde , huhu. hmmmmmm, masa ni jugak aku rasa aku dah turunkn berat badan aku sebanyak 2 kg sebab berlari sana sini tanpa rasa sakit dan pergerakan yang begitu pantas :) sebab apa? sebab kalau kami habis awal, kami dapat rehat awal, huuuuuuuuu.                                                                                                                                                                          



Kenanganku Menjadi Usher di Malam Persaraan Rektor

Harini hari rabu, yaa hari kokurikulum untuk semua student part 1 di UITM Segamat termasuklah aku, haha. Harini aku pergi ko just dengan huda sebabnya syuhada tak sehat. :( hmmm sedih rasanya bila takde si kecik sorang tu sebab dia lah selalu memeriahkan suasana antara kami dengan pelbagai karenahnya. Harini juga, aku diambil nama untuk menjadi seorang usher bersama Huda, hal ini bersangkut-paut dengan Huda terpilih menjadi usher dan dia mengatakan kepada komander yang di takkan menjadi usher kalau aku takde, hahaha, lawak , nampak kat situ yang kami tak boleh berpisah! ouhh really?  (muka terkejutt :O) Haha, tapi memang betul pon bagi aku sebab selalunyaa lah kat mana ada huda kat situ jugaklah ada aku kecuali di bilik mandi, haaha. haishh aku nih dah melalut tempat lain dah ni, haiyaaaa AINA what are u talking about hah! okay2, so berbalik kepada cerita menjadi usher tadi aku pon bersetuju sebab huda selalu teman aku kan, so apa salahnya aku teman dia sekali sekala kan,kan , haha. kata member kena a tolong menolong antara satu sama lain, betol tak? huhu. Start tu jugak, kami ad rehearsal training menjadi usher selama 3 malam berturut dengan Majlis Perwakilan Pelajar dan juga barisan komander yang menguruskan majlis persaraan rektor UITM Segamat. Masa tu banyak perkara aku pelajari seperti menepati masa serta semangat kerjasama ahli kumpulan usher. hummm, yang paling best malam time jadi usher la, hahahahahahhaha sebabnya aku memang mekap and aku menjadi diriku yaang sebenar iaitu Aina tanpa berkaca mata. aku sendiri pon pelik kenapa tetibe start masok UITM Segamat aku takboleh berpisah dengan kacamataku sedangkan selama ni aku hanya memakai lens. Di sini juga aku telah melahirkan seorang individu yang berperwatakan sederhana dan berbeza sekali dengan perwatakanku yang luar.


Cong Xi Fa Cai

Stigma ini sering mengatakan bahawa mahasiswa dan mahasiswi sering menidakkan pandangan umum mengenai isu semasa terutama berkaitan gst, wahhhh! menggiler gituh! GST ? ia membawa maksud hanya beberapa barangan yang dikenakan cukai sahaja tetapi bukan pengangkutan dan pakaian. So, tak perlulah kita nak bising bagaikan , wahhh! tetibe bebab-bab ni pulak, haha. okay , so now aku akan cerita tentang pengalaman balik kampung time raya cina, yuhuuu! cuti kot, sape tak enjoy, kan kan kan. Cuti raya cina adalah cuti yang banyak kami menguji kesabaran bagiku dan kawanku iaitu huda and mira. Kenapa? haa, sebabnya tiket dah habis, huahhahhahhahaaa, sedih sesangat masa tu kot, orang lain balik tapi kami just balik 2 bulan sekali jaa, niat di hati memula nak study and buat assignment time tu sebab tu kami tanak balik tapi lepas tengok orang ramai balik kami pon apa lagi 'sudah terang lagi bersuluh' dah comfirm2 kami nak balik. Masa tu muncullah family mira sebagai penyelamat kami kerana ayahnya sanggup mengambil kami bertiga pada hari kelas untuk pulang ke pahang bersempena cuti raya cina. Hari semakin berlalu, jam semakin bergerak mengikut arus masa, tibalah waktunya untuk kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang kami tergelak terbahak-bahak akibat terjumpa nama kampung durian tikus di temerloh, nama yang agak unik tapi membuatkan orang ketawa, haha. Kami terfikir apakah akan terjadi kalau orang menanyakan salah seorang penduduk kampung itu apakah nama kampung itu? tidakkah, orang terfikir yang durian dimakan oleh tikus kerana nama kampungnya "durian tikus". Pemikiran ini tercetus apabila mira membangkitkan isu mengenai nama kampung yang kami lihat pada malam itu, padahal depa taktahu yang kat temerloh ada nama kampung "buntut pulau" dan lain2 seperti bolok serta lakum.



Monday, 2 March 2015

liku kehidupanku di uitm

30.11.2014 tarikh aku digelarkan sebagai seorang mahasiswi di uitm segamat, johor. Hari itu juga, aku dihantar oleh papa, umi dan deqnana dengan harapan aku mengikut jejak langkah kakakku untuk menjadi seorang yang berjaya. Pada hari tu jugak, aku berjumpa dengan huda di dewan seri temenggung dengan membawa seribu harapan untuk menetap di sebuah bilik yang sama kerana kami mendapat kos diploma yang sama iaitu pengurusan maklumat im110 tapi sayangnya harapan kami musnah apabila si huda mendapat bilik terlebih dahulu kerana pendaftarannya yang awal. first time, aku melangkahkan kaki kanan aku masok ke bilik benda aku buat adalah cop katil bawah dan almari yang paling elok. kenapa? sebab aku tak nak and tak suka katil atas sebab aku selalu teringat cerita budak asrama putus kepala akibat kena kipas ketika bangun dari tidur. arghhh! seram aku dibuatnya. Masa tu jugak aku dapat tahu yang budak bilik aku kesemuanya orang johor yang bernama dila, ika, and lini. itu membawa makna aku seorang jelah anak perantau negeri pahang di bilikku, hummmmmm rasa gerun, cuak, seram semua ada sebab apa? sebab tahun 2014 jugak adanya perlawanan bola jdt dan pahang and benda paling aku takot kalau budak bilik aku yang 3 orang ni peminat fanatik bola jdt and tak sudi nak berkenalan dengan aku yang kecik ni. haha. kecik ke? (persoalan). hummmm, then, mulalah hariku untuk pergi ke kelas seperti pelajar lain. Hari pertama kelas da cancel. jyeahhhh! itu yang sering dinantikan oleh seglintir pelajar. am i right? haha. tapi umi selalu pesan jangan suka bila kelas cancel kerana "satu kelas tu mempunyai pelbagai ilmu bermanfaat seperti kawan yang cerdik  lagi bijaksana, tapi kita tidak nampak akan adanya" kemudian, genaplah sebulan aku kat uitm segamat selepas adanya cuti banjir selama 3minggu. macam-macam aku rasa selama sebulan kat sini terutamanya hari rabu sebab adanya hari kokurikulum iaitu hari untuk berlari, ditengking dan berkawad. arghhh! boleh stress hidup jadinya klau setiap hari-hari rabu! nasib baiklah ALLAH menjadikan dalam seminggu ada 7 hari yang berlainan seperti jumaat, sabtu, ahad. Seperti surah al-imran ayat 54 iaitu "ALLAH sebaik-baik perancang". masa kat sini jugak aku selalu teringat kata pepatah ni  "sebaik-baik teman adalah buku" dengan "tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad" in shaa Allah aku akan ingat kata pepatah ni sampai aku berjaya menamatkan pengajianku dengan niatku untuk mendapat anugerah naib caunselor. wahhhh! angan-angan aku tingginyeee tapi nak anugerah tu bukan pakai angan-angan yea cik aina, nak anugerah tu kena belajar bukan main handpone jek! haaa! ingat tuh! kalau tak jadi angan-angan mat jeninglah jawabnye nanti, hahahaha.